Posted:

Below is an official reply from Jabatan Perumahan Negara to one of the affected purchasers of the Lagoon Perdana project:

Merujuk kepada e-mail Puan yang ditujukan kepada Y.B. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tarikh 25/12/2009. Untuk makluman Puan, mesyuarat terkini bersama wakil Syarikat Talam Corporation Berhad (TCB) telah diadakan di Jabatan Perumahan Negara pada 19 November 2009.

Selain daripada itu, pegawai-pegawai JPN telah membuat lawatan ke tapak projek ini pada 23/12/2009. Tujuan pemantauan ini dibuat adalah untuk memastikan pemaju menyiapkan projek ini mengikut tarikh jangkaan siap yang diberikan oleh TCB kepada JPN. Hasil daripada lawatan tapak yang diadakan didapati kerja di tapak pembinaan bergerak sangat perlahan.

Pada 04/01/2010, pegawai JPN telah menghubungi wakil syarikat pemaju iaitu En. Tan Bak Hai bagi mendapatkan status terkini projek. Bagi Blok 1,3 dan 8, pembinaan adalah 100% siap. Pihak TNB telah memulakan kerja-kerja untuk menyiapkan ’power supply’ dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh satu(1) bulan daripada tarikh semasa dihubungi ini.

Bagi Blok 7 pula, pihak Perunding pemaju telah mengemukakan “Ground Foundation Strengthening Design” untuk pembinaan sehingga ke tingkat 9. Selain itu, pihak pemaju juga telah melantik pakar untuk mengkaji semula kos-kos yang terlibat dan akan mengambil masa dua(2) minggu. Pihak pemaju juga menyatakan bahawa kerja-kerja ditapak dijangka bermula sebulan dari tarikh semasa dihubungi.

Untuk makluman Puan, pihak JPN telah memantau projek ini scara rapi dengan mengadakan mesyuarat berkala setiap bulan bersama pemaju bagi mendapatkan makluman dan kemajuan terkini projek. Oleh itu pihak JPN akan membangkitkan isu ini pada mesyuarat bulanan bersama pemaju yang akan diadakan selewat-lewatnya pada akhir Januari 2010.

Pihak kami juga memohon maaf di atas kelewatan menyediakan maklumbalas pertanyaan Puan berhubung hal ini. Perkara ini akan disusuli dengan pemaju memandangkan tanggungjawab asas yang perlu melaksanakan penyiapan projek ini adalah daripada pihak pemaju.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta

Jabatan Perumahan Negara

Tel : 03-20998374

Fax : 03-20925807

I know many purchasers are anxious and want to get their keys as soon as possible. I have requested MPSJ to also monitor this very closely alongside Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). I will provide more updates in days to come.