Untuk makluman pihak tuan. wakil dari JPN telah membuat lawatan ke tapak projek ini pada 02/03/2010. Tujuan pemantauan ini dibuat adalah untuk memastikan pemaju menyiapkan projek ini mengikut tarikh jangkaan siap yang diberikan oleh Talam Corporation(TCB) kepada pihak JPN. Hasil daripada lawatan tapak yang diadakan didapati kerja-kerja pemasangan TNB telah disiap sepenuhnya. Pekerja di tapak sedang menyiapkan kerja-kerja kemasan terakhir bagi blok 1,3, dan 8.
Pihak JPN juga telah mengadakan mesyuarat pada 3 Mac 2010 bagi mendapatkan perkembangan mengenai projek ini. Hasil daripada mesyuarat yang diadakan Pihak TCB memaklumkan penyerahan kunci (VP) akan diberikan pada hujung bulan April 2010.
Pada 15 mac 2010, wakil daripada JPN telah menghubungi pihak TCB untuk mendapatkan maklumbalas terkini kerja-kerja ditapak. Wakil dari TCB memaklumkan, pihak TNB dan Indah Water(IWK) telah selesai menjalankan pemeriksaan untuk sokongan pengeluaran CFO. Pihak TCB juga memaklumkan, masih menunggu pemeriksaan daripada pihak MPSJ untuk sokongan CFO. Bagi Blok 7, masih tiada apa-apa kemajuan di tapak projek.
Pihak JPN akan sentiasa membuat pemantauan agar projek perumahan ini dapat disiapkan dan diserahkan kepada pembeli.
– melalui emel –
Ir. LAI LIANG KOONG
Pengarah
Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
Jabatan Perumahan Negara
Tel : 03-20874602
Quick update : MPSJ has informed me that the Developer will be completing the repair works for Blocks 1, 3 and 8 by mid May. More updates to come.
